Martabatkan PBB, Perhalusi Mekanisme Kerjasama Pelbagai Hala – Naib Presiden China

Pada masa ini, situasi antarabangsa semakin kacau-bilau dan mencabar, konflik geopolitik terus berlaku di sana sini, manakala pelbagai risiko, cabaran dan permasalahan tadbir urus menjadi semakin menonjol. 

Naib Presiden China, Han Zheng membuat analisis sedemikian dalam ucapannya ketika menghadiri Forum Kedamaian Dunia ke-14 yang diadakan di Universiti Tsinghua, di Beijing pada Jumaat.

Han turut mengeluarkan empat cadangan, antaranya termasuk memelihara teguh kewibawaan dan kedudukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), memperdalam dan memperluasi mekanisme kerjasama pelbagai hala serta mendorong penambahbaikan tadbir urus sejagat.

Beliau juga mencadangkan untuk meningkatkan tadbir urus dalam bidang kecerdasan buatan (AI). 

Kesemua cadangan tersebut bertepatan dengan Inisiatif Tadbir Urus Global anjuran Presiden China, Xi Jinping yang menyasarkan pembinaan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah, serta berperanan menyuntik kestabilan berharga dan tenaga positif ke dalam landskap dunia.

Turut hadir, kira-kira 400 orang pegawai kanan dari negara asing yang sudah bersara, diplomat asing yang bertugas di China serta cendekiawan dari dalam dan luar negara, termasuk bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Senat Pakistan, Mushahid Hussain Sayed, dan bekas Menteri Luar Korea Selatan, Kim Sung-hwan.