21 Orang Maut Dalam Tanah Runtuh di Gansu

Seramai 21 orang dilaporkan maut dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Hutan Simpan Sungai Minjiang, daerah Dangchang, bandar Longnan, wilayah Gansu pada Selasa.

Menerusi sidang media pihak berkuasa pada Rabu, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.56 pagi Selasa itu menyebabkan 33 orang terperangkap.

Semua mangsa yang terperangkap berjaya diselamatkan dalam operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan sehingga pukul 3.20 pagi Rabu. 

Daripada jumlah itu, 21 disahkan maut, 7 cedera ringan manakala 5 lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.