Laporan media asing menyifatkan falsafah tadbir urus yang diamalkan Parti Komunis China (PKC) menjadi inspirasi kepada negara membangun lain dalam meneroka jalan pembangunan selaras dengan keadaan sendiri serta menyertai tadbir urus global.
Artikel disiarkan akhbar Pakistan ‘The Daily Spokesman‘ menyebut bahawa empat syor China iaitu Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Inisiatif Peradaban Global (GCI) dan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) menyediakan pendekatan pembangunan yang berlainan model Barat kepada masyarakat antarabangsa.
Laman sesawang berita Sepanyol ‘LaRepublica‘ melaporkan bahawa PKC meletakkan kestabilan sosial dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan dan model pembanguan ini turut membawa inspirasi yang bermakna kepada negara lain.
Menurut laporan akhbar Nigeria ‘The Sun‘, sistem yang berkesan, kepimpinan yang berpandangan jauh, tadbir urus yang cekap serta perpaduan masyarakat merupakan pengalaman berharga yang diraih China dalam proses modenisasi. Pengalaman seumpama amat penting bagi Nigeria dalam usaha memperkasa pembinaan sistem dan mempercepat pembangunan negara.













Tinggalkan Balasan