Angka Korban Gempa Bumi Colombia Meningkat Kepada 111

BOGOTA, 11 Ogos — Angka korban akibat gempa bumi 7.4 magnitud yang melanda barat Colombia pada Isnin meningkat kepada 111 orang di seluruh negara, manakala 87 lagi cedera, kata Presiden Colombia Abelardo de la Espriella di Bogota, lapor Xinhua.

De la Espriella berkata gempa itu turut mengakibatkan 1,575 rumah serta infrastruktur di enam lapangan terbang rosak, serta menyebabkan operasi penerbangan komersial digantung.

Kerajaan Colombia pada Isnin mengisytiharkan bencana nasional bagi menangani kesan gempa bumi berkenaan.

Menurut Perkhidmatan Geologi Colombia, gempa berlaku pada 7.34 pagi waktu tempatan di barat negara itu.

Pusat gempa dikesan berhampiran San Jose del Palmar di wilayah Choco, pada kedalaman 96 kilometer.