Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Bursa Malaysia kekal tinggu pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif, dalam persekitaran sentimen global yang semakin baik selepas Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan rancangan untuk sekurang-kurangnya meningkatkan saiz pembelian balik bagi hutang jangka panjang bagi mengekang kenaikan hasil bon.

Langkah itu susulan daripada hasil bon Perbendaharaan 30 tahun yang melonjak ke paras tertinggi sejak 2007 pada awal minggu ini.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.97 mata kepada 1,737.29, berbanding paras 1,731.32 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks dibuka 0.79 mata lebih tinggi pada 1,732.11 dan bergerak antara 1,732.11 dan 1,739.13 sepanjang sesi pagi.

Bagaimanapun, sentimen pasaran sedikit negatif, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 513 berbanding 508, manakala 557 kaunter tidak berubah, 1,294 tidak diniagakan dan 16 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 2.28 bilion unit bernilai RM2.07 bilion.

Hong Leong Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikan memaklumkan bahawa FBM KLCI dijangka kekal bergerak dalam jajajaran kecil dalam persekitaran baran luaran dan domestik yang berterusan.

“Ini termasuk ketegangan yang memuncak di Asia Barat, musim mengumumkan keputusan kewangan Ogos dan aliran keluar dana asing yang berterusan, menurut bank pelaburan itu.

Dari segi prestasi serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 1.14 peratus kepada 25,786.32, Nikkei 225 Jepun naik 1.38 peratus kepada 66,224.67, Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan melonjak 5.93 peratus kepada 6,854.72, namun Indeks Straits Times Singapura susut 0.38 peratus kepada 5,672.37.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut empat sen kepada RM10.60, Public Bank berkurangan satu sen kepada RM5.14, manakala Tenaga Nasional melonjak dua sen kepada RM14.42, CIMB Group dan IHH Healthcare menambah lima sen masing-masing kepada RM7.96 dan RM8.35.

Bagi saham paling aktif, IJM Corporation naik 11 sen kepada RM2.80, CBH Engineering Holding menokok 6.5 sen kepada 85.5 sen, YTL Corporation menambah 18 sen kepada RM2.40 dan JCY International meningkat satu sen kepada 52.5 sen, bagaimanapun Land & General tidak berubah pada 18 sen.

Antara saham paling untung, Nestle naik 80 sen kepada RM104.80, YTL Power International meningkat 24 sen kepada RM5.12, Mi Technovation menokok 17 sen kepada RM6.42 dan Hong Leong Bank melonjak 16 sen kepada RM22.84.

Bagi saham paling rugi, Malaysian Pacific Industries susut 98 sen kepada RM45.12, United Plantations merosot 30 sen kepada RM31.70, Dutch Lady Milk Industries berkurangan 24 sen kepada RM31.70, Petronas Chemicals Group menguncup 22 sen kepada RM4.47 dan Ayer Holdings turun 20 sen kepada RM7.30.

Dalam kalangan indeks utama, Indeks FBM 70 naik 90.99 mata kepada 18,225.26, Indeks FBM Emas Syariah menambah 37.98 mata kepada 12,673.11, FBM Emas menokok 45.47 mata kepada 12,850.21, Indeks FBM Top 100 meningkat 48.50 mata kepada 12,668.37 manakala Indeks FBM ACE melonjak 30.62 mata kepada 5,333.34.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan melonjak 54.48 mata kepada 9,335.64, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 11.29 mata kepada 20,303.64, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.24 mata kepada 188.31 dan Indeks Tenaga merosot 1.35 mata kepada 776.12.