China, India Adakan Pertemuan Wakil Khas Mengenai Isu Sempadan di Beijing

Pertemuan ke-25 wakil khas China-India mengenai isu sempadan berlangsung di Beijing pada Selasa.

Pihak China diwakili ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), ketua Pejabat Suruhanjaya Hal-Ehwal Luar Pusat, Wang Yi, manakala India diwakili Penasihat Keselamatan Negara, Ajit Doval.

Kedua-dua pihak mengadakan komunikasi yang mendalam, komprehensif, mesra dan telus berhubung isu garis sempadan dan hubungan dua hala

Wakil khas kedua-dua negara turut bertukar pandangan secara mendalam mengenai rundingan persempadanan, pengurusan dan kawalan sempadan, penambahbaikan mekanisme berkaitan serta kerjasama rentas sempadan kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk memanfaatkan sepenuhnya mekanisme pertemuan wakil khas bagi mencari penyelesaian menyeluruh terhadap isu sempadan secara adil, munasabah dan boleh diterima oleh kedua-dua negara.

China dan India juga menegaskan semula komitmen untuk berpegang kepada prinsip panduan politik yang dipersetujui pada tahun 2005 berdasarkan semangat saling menghormati dan memahami.