Pakar Terowong China Bantu Operasi Mencari dan Menyelamat Mangsa Bencana Nepal

Bencana dahsyat banjir lumpur yang melanda kawasan utara Nepal baru-baru ini menyebabkan beberapa laluan darat terputus sekaligus memberi cabaran besar kepada operasi mencari dan menyelamat.

Di bawah penyelarasan kerajaan Nepal, pakar terowong China dihantar bagi membantu Nepal, bekerjasama rapat dengan pasukan tentera negara itu dan pasukan penyelamat tempatan bagi menjalankan pemeriksaan serta operasi mencari dan menyelamat di beberapa terowong yang rosak.

Jurucakap Tentera Nepal, Raja Ram Basnet turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan pakar China kerana hadir membantu dan bekerja bersama mereka ketika Nepal berdepan krisis.

Beliau berkata ketika ini, tentera Nepal menjalinkan koordinasi rapat dengan pasukan pakar China, dengan kedua-dua pihak bekerja sebagai satu pasukan bagi meningkatkan keberkesanan operasi mencari dan menyelamat.