Naib Perdana Menteri China, Ding Xuexiang menghadiri sidang pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) Ke-11 di Vladivostok, Rusia pada Khamis.
Pada sidang tersebut, beliau turut menyampaikan ucapan bertajuk “Memperkukuh Kerjasama Serantau China-Rusia, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat”.
Dalam ucapannya, Ding berkata kerjasama kawasan Timur Laut-Timur Jauh antara China dengan Rusia telah mencapai hasil yang membanggakan di bawah panduan strategik pemimpin negara pada beberapa tahun ini.
China yang kekal sebagai rakan dagang terbesar bagi rantau Timur Jauh Rusia, aktif menyokong pembinaan ‘Satu Zon, Satu Pelabuhan’ dengan penyertaan hampir seratus syarikat.
Selain itu projek kerjasama utama dipercepatkan dan dasar pengecualian visa bersama telah memajukan perdagangan dan pergerakan rakyat di sempadan.
Justeru, beliau mengemukakan empat cadangan iaitu yang pertama, mempromosikan pembangunan inklusif dan bersepadu; kedua, mewujudkan persekitaran yang baik; ketiga mengukuhkan hubungan persahabatan dan menguatkan asas hubungan antara rakyat dan keempat, mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.













Tinggalkan Balasan