KUALA LUMPUR, 7 Sept — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa terbuka menerima pandangan serta cadangan pelbagai pihak dalam usaha memperkukuh kebajikan dan pembangunan kerjaya warga kerja universiti awam (UA).
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata hubungan harmoni antara kementerian, pengurusan universiti dan warga kerja amat penting bagi memastikan institusi pendidikan tinggi terus berkembang serta mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.
Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat delegasi Majlis Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Awam Malaysia (GAKUM).
“Pertemuan ini membuka ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkaitan kebajikan, pembangunan kerjaya serta perkara berkaitan warga kerja UA.
“Saya menghargai peranan GAKUM sebagai wadah yang membawa suara petugas dan menjadi rakan strategik dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi negara,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
















Tinggalkan Balasan