MOSCOW, 9 Sept– Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghantar pesawat keempat membawa 38 tan bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Nepal, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Agensi Berita Emiriah WAM.
Laporan pada Selasa itu menyebut bantuan berkenaan turut merangkumi 500 khemah dan 108 kit bantuan kemanusiaan.
Sebelum ini, UAE telah menghantar tiga pesawat ke Nepal dengan membawa 148 tan bantuan kemanusiaan, selain sebuah pasukan penyelamat.
Secara keseluruhan, UAE mengumumkan peruntukan bantuan kemanusiaan segera bernilai US$10 juta untuk mereka yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di negara itu.
Angka kematian akibat banjir di negara itu kini melebihi 1,300 orang, manakala ramai lagi masih belum dapat dikesan.













Tinggalkan Balasan