Pasaran pelancongan domestik China terus mencatatkan pertumbuhan kukuh apabila merekodkan 5.31 bilion kunjungan sepanjang tiga suku pertama tahun 2026.
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China dalam satu kenyataan pada Isnin mendedahkan, angka berdasarkan hasil tinjauan sampel itu menunjukkan peningkatan sebanyak 6.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pertumbuhan positif itu turut dipacu oleh sektor perbelanjaan apabila pelancong domestik di negara Tembok Besar ini membelanjakan sejumlah RMB4.95 trilion (RM3.09 trilion) bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, iaitu peningkatan 2.2 peratus tahun ke tahun.











Tinggalkan Balasan