Kumpulan Keempat Bantuan Kemanusiaan China Tiba di Nepal

Kumpulan keempat bantuan kemanusiaan China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan Kathmandu, Nepal pada Selasa petang.

Bantuan tersebut dihantar oleh Tentera Udara China menggunakan pesawat pengangkut bersaiz besar Y-20.

Majlis penyerahan bantuan tersebut dihadiri Duta Besar China ke Nepal, Zhang Maoming, bersama-sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Nepal, Mahabir Pun.

Kumpulan keempat bantuan kemanusiaan China antaranya termasuk bot penyelamat, pam, bateri ganti, peti mayat dan lampu solar.

Semua barang bantuan tersebut disediakan berdasarkan keperluan paling mendesak Nepal pada masa ini.