Perdagangan perkhidmatan merupakan komponen penting dalam perdagangan antarabangsa dan kini memainkan peranan makin besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta penaiktarafan industri global.
Demikian dinyatakan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang ketika menyampaikan ucaptama sempena Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global 2026 yang berlangsung di Beijing pada Rabu.
Ding berkata dalam senario landskap ekonomi dan perdagangan global berubah dengan pantas, pembangunan perdagangan perkhidmatan serta pemerkasaan keterbukaan dan kerjasama dalam sektor perkhidmatan bukan sahaja merupakan pilihan China, malah menjadi keperluan dunia.
Beliau menyarankan usaha dipergiat bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan keupayaan inovasi sektor perkhidmatan, meningkatkan tahap liberalisasi dan kemudahan perdagangan perkhidmatan, di samping memperkasa perkongsian teknologi digital dan pintar seperti kecerdasan buatan (AI) serta perkhidmatan yang berkaitan.
Selepas sidang kemuncak itu berakhir, Ding turut mengunjungi pavilion Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) yang membuka tirainya pada hari sama dan beramah mesra dengan wakil-wakil pempamer.













Tinggalkan Balasan