Perikatan antarabangsa bagi memerangi jenayah telekomunikasi dan penipuan siber rentas sempadan ditubuhkan secara rasmi di Lianyungang, provinsi Jiangsu, timur China pada Khamis.
Wakil dari 46 negara pengasas, 34 negara pemerhati serta empat organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Interpol, menghadiri persidangan sulung yang berlangsung sempena penubuhan perikatan itu.
Para peserta menerusi kenyataan bersama menyifatkan penipuan telekomunikasi dan siber sebagai satu cabaran global yang memerlukan kerjasama lebih kukuh di peringkat antarabangsa.
Menurut kenyataan itu, penubuhan sebuah organisasi antara kerajaan yang lebih fokus, profesional, cekap dan berorientasi tindakan berdasarkan konvensyen antarabangsa akan membantu menyelaraskan usaha untuk membanteras jenayah berkaitan, selain melindungi keselamatan serta hak dan kepentingan individu, entiti sah dan organisasi lain di seluruh dunia.
Ditubuhkan atas inisiatif China, perikatan berkenaan merupakan sebuah organisasi antara kerajaan dengan penyertaan agensi penguat kuasa undang-undang dari negara terlibat.













Tinggalkan Balasan