BRICS merupakan platform penting untuk perpaduan dan kerjasama antara pasaran-pasaran baru muncul dan negara-negara membangun. Di bawah panduan Semangat BRICS yang berteraskan keterbukaan, keterangkuman, dan kerjasama saling menguntungkan, negara-negara BRICS komited untuk mengunjung tinggi multilateralisme, mempertahankan kesaksamaan dan keadilan, di samping mendorong pembangunan bersama.
Kini, BRICS telah berkembang menjadi kekuatan penting di barisan terdepan Selatan Global.
Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning berkata demikian ketika diminta mengulas jadual Presiden China Xi Jinping untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18, dalam sidang media di Beijing pada Jumaat.
Mao berkata Presiden Xi akan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS di India dan menyampaikan ucapan, selain bertukar-tukar pendapat dengan pemimpin pelbagai negara tentang situasi antarabangsa, pembangunan mekanisme BRICS dan kerjasama praktikal.
Selain itu, beliau juga akan mengemukakan inisiatif dan cadangan China, menggariskan hala tuju pembangunan bermutu tinggi kerjasama “BRICS raya”.













Tinggalkan Balasan