NEW DELHI, 12 Sept — Perdana Menteri India Narendra Modi pada Sabtu mencadangkan pembangunan 10 inisiatif bagi mereformasi sistem tadbir urus antarabangsa, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Saya mencadangkan supaya kita bersama-sama membangunkan 10 cadangan bagi mereformasi sistem tadbir urus antarabangsa,” kata Modi pada Sidang Kemuncak BRICS.
Perdana Menteri itu mencadangkan supaya inisiatif berkenaan digariskan dalam hala tuju yang akan disediakan menjelang sidang kemuncak akan datang.
Selain itu, Modi berkata reformasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) tidak boleh lagi ditangguhkan, dan garis masa yang jelas perlu ditetapkan serta hasil konkrit dicapai dalam kerangka rundingan mengenai isu itu.
Sidang Kemuncak BRICS ke-18 berlangsung pada 12 hingga 13 Sept di New Delhi.













Tinggalkan Balasan