Sidang Pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC Dijadual Berlangsung pada Oktober

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat di Beijing pada Khamis.

Mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC Xi Jinping, memutuskan bahawa Sidang Pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC akan diadakan di Beijing pada Oktober depan.

Agenda utama sidang pleno tersebut adalah mendengar laporan kerja Biro Politik kepada Jawatankuasa Pusat, serta membincangkan beberapa isu penting berkaitan usaha memperkukuh tadbir urus Parti secara menyeluruh dan berterusan.

Mesyuarat turut meneliti perkembangan semasa ekonomi China serta menetapkan hala tuju dan keutamaan kerja ekonomi bagi separuh kedua tahun ini. 

Menurut kenyataan mesyuarat, perhatian perlu diberikan terhadap cabaran yang dihadapi ekonomi ketika ini, sambil menegaskan keyakinan perlu terus diperkukuh, cabaran dihadapi secara proaktif, serta pelbagai peluang dan kelebihan dimanfaatkan bagi memastikan pembangunan berkualiti tinggi terus berkembang secara mampan.