Kapal Tangki Diserang Projektil Di Selat Hormuz – Agensi Maritim UK

ISTANBUL, 3 Okt — Sebuah kapal tangki diserang projektil ketika transit di Selat Hormuz pada Jumaat, kata Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Nakhoda melaporkan kapal itu diserang semasa transit keluar melalui selat pada 1122GMT, menurut UKMTO.

Serangan itu menyebabkan kebakaran kecil dan bekalan elektrik terjejas di atas kapal, katanya.

Kebakaran kemudiannya dipadamkan dan kapal itu sedang belayar, tambahnya.

Tiada kemalangan jiwa atau kesan alam sekitar dilaporkan dan pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian.

Agensi itu menasihatkan kapal yang transit di kawasan berkenaan supaya berhati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan.