China Sedia Tingkatkan Kerjasama Angkasa dengan Pelbagai Negara

Naib Ketua Pereka Program Angkasa Bermanusia China, Yang Liwei berkata stesen angkasa lepas China akan menjadi platform eksperimen yang dibuka kepada saintis dari seluruh dunia. 

China dengan hati terbuka ingin mengadakan pertukaran dan kerjasama dengan pelbagai negara dalam perindustrian aeroangkasa.

Yang Liwei, yang juga angkasawan pertama China itu berkata demikian ketika menghadiri Persidangan Astronautik Antarabangsa (IAC) ke-77 di Antalya baru-baru ini.

Sesi tahunan IAC tahun ini membuka tirai di Antalya, bandar percutian terkenal di Turkiye pada Isnin, menghimpunkan pemimpin dan penyelidik serta pemain industri dari seluruh dunia.

“Stesen angkasa lepas China akan menjadi platform eksperimen terbuka. 

“China bersedia mengadakan kerjasama dengan pelbagai negara dalam penyelidikan saintifik, latihan angkasawan, dan pendidikan ilmu sains angkasa, di samping bersedia memberikan peluang penerbangan kepada negara-negara berkaitan,” ujar Yang. 

Pada separuh tahun kedua tahun ini, stesen angkasa lepas China akan menerima kehadiran angkasawan asing untuk kali pertama. 

Yang Liwei berkata, dua calon asing sedang menjalankan latihan dan mereka menunjukkan prestasi yang amat cemerlang.