Presiden China Xi Jinping menyeru agar usaha dipergiat untuk terus menempuh laluan pembangunan kesihatan bercirikan China bagi memastikan pelaksanaan Inisiatif China Sihat mencapai kemajuan signifikan sepanjang tempoh Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030).
Xi membuat kenyataan itu ketika berucap pada persidangan kesihatan kebangsaan yang berlangsung selama dua hari di Beijing bermula 12 Oktober.
Ujarnya, tempoh pelaksanaan FYP ke-15 merupakan tempoh kritikal untuk merealisasikan Inisiatif China Sihat menjelang 2035.
Menurut beliau, inisiatif tersebut perlu menonjolkan ciri-ciri seimbang, inklusif, berkualiti dan cekap, dengan memperlihatkan keupayaan kuat dalam pengurusan kesihatan, pencegahan dan kawalan penyakit, perkhidmatan perubatan, sokongan skim insurans, inovasi farmaseutikal serta pemupukan bakat.
Xi turut menegaskan keperluan menyepadukan jaminan kesihatan rakyat ke dalam pelbagai dasar kerajaan serta menterjemahkannya dalam setiap aspek kerja.









Tinggalkan Balasan