Naib PM China Terima Kunjungan Pengerusi Eksekutif Apple Tim Cook

Naib Perdana Menteri China He Lifeng menerima kunjungan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah Apple Inc., Tim Cook di Dewan Besar Rakyat, Beijing pada Isnin.

Dalam pertemuan itu, He berkata usaha melaksanakan konsensus dicapai ketua negara serta membina hubungan China-Amerika Syarikat (AS) yang konstruktif dengan kestabilan strategik berasaskan saling hormat, adil dan saksama, mempunyai makna yang besar kepada pertumbuhan dan kemantapan ekonomi kedua-dua negara malah dunia.

Beliau berkata China mengalu-alukan syarikat sains dan teknologi dari seluruh dunia, termasuk Apple, untuk terus memperdalam kerjasama saling menguntungkan dengan China dan menikmati peluang pembangunan dijana pemodenan China.

Sementara itu, Cook berkata Apple sangat yakin dengan pembangunan jangka panjang di China dan akan berperanan sebagai jambatan komunikasi dalam komuniti perniagaan demi menyumbang kepada hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS yang sihat dan stabil.