China, Rusia Ikrar Perkasa Kerjasama Maritim

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Penolong Presiden Rusia merangkap Pengerusi Lembaga Maritim, Nikolai Patrushev di Beijing pada Isnin.

Dalam pertemuan itu, Wang menyatakan bahawa Presiden China Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin sentiasa mengekalkan komunikasi rapat, sekali gus menerajui hubungan dua hala melonjak ke tahap lebih tinggi. 

Beliau turut menekankan keperluan memperkukuh kerjasama maritim sebagai ‘enjin biru’ dalam pembangunan hubungan China-Rusia, sambil menyeru pihak-pihak terlibat bersinergi menyumbang kepada penambahbaikan tadbir urus lautan global serta pembinaan komuniti berkongsi nasib maritim.

Sementara itu, Patrushev berkata pihaknya bersedia bersama-sama China mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib maritim.

Langkah tersebut akan memberikan dimensi baharu kepada penyelarasan strategik komprehensif antara Rusia dan China, ujar beliau.