Xi Kemukakan 4 Prinsip Mengenai Penyertaan Konstruktif dalam Penyelesaian Isu-isu Hangat Afrika

Semasa bertemu dengan Pengerusi Majlis Menteri Togo, Faure, yang sedang melakukan lawatan rasmi di China semalam, Presiden China, Xi Jinping telah mengemukakan 4 prinsip mengenai penyertaan pelbagai pihak secara konstruktif dalam penyelesaian isu-isu hangat Afrika.

Pertama, berpegang pada kepimpinan Afrika. Rakyat Afrika ialah tuan rumah yang benar di benua itu dan memainkan peranan teras dalam hal ehwal serantau. China menyokong negara-negara Afrika, Kesatuan Afrika dan pelbagai organisasi sub-serantau untuk berpegang pada keyakinan diri dan berdikari, mengejar perpaduan dan pembangunan, serta mengembangkan tradisi dan kebijaksanaan Afrika, bagi menggalakkan penyelesaian pelbagai masalah yang dihadapi benua itu secara berkesan.

Kedua, mempertahankan keadilan dan kesaksamaan. Pelbagai pihak yang terlibat perlu mematuhi manifesto dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara yang berkenaan, mengamalkan multilateralisme sejati, berpegang pada konsep keselamatan yang bersifat bersama, menyeluruh, bekerjasama dan mampan, mengambil kira kepentingan sah pihak-pihak yang terbabit, serta mencari penyelesaian yang adil dan munasabah.

Ketiga, menggalakkan semua usaha yang bertujuan menamatkan peperangan. Peperangan dan sekatan unilateral tidak dapat menyelesaikan percanggahan antara negara, sebaliknya dialog dan rundingan barulah adalah pendekatan yang betul. Platform dan mekanisme yang diterajui Global Selatan seperti Institut Pengantaraan Antarabangsa harus dimanfaatkan, berdasarkan rasa saling menghormati, perundingan secara meluas, menebus persamaan sambil meraihkan pendapat yang berbeza, serta meningkatkan persefahaman dan mengamalkan sikap toleransi.

Keempat, menekankan kelestarian dan keberkesanan dalam pembangunan tempatan, iaitu perlu menggubal rancangan pembangunan jangka panjang di samping mengambil kira isu kawalan keselamatan. China bersedia untuk terus berkongsi peluang baharu yang wujud dalam pembangunan moden di negara sendiri dengan negara-negara Afrika, menggalakkan kerjasama dalam bidang pertanian, perindustrian, pengurangan kemiskinan, pembangunan mesra alam dan teknologi, menyokong pembangunan mampan di negara-negara serantau, meningkatkan pertukaran dan pembelajaran bersama antara tamadun, serta membina asas kukuh bagi merealisasikan keamanan