Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Wang Yi menerima kunjungan Utusan Khas Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi Hal Ehwal China, H.E. Khaldoon Khalifa Al Mubarak di sini pada Selasa.
Wang Yi berkata bahawa rantau Asia Barat sedang mengalami perubahan mendalam, dengan konflik berlarutan di pelbagai peringkat sehingga keselamatan dan pembangunan serantau terhakis susulan kesan limpahan yang bertubi-tubi.
Keamanan, dialog dan keadilan cenderung menjadi yang diidam-idamkan di kalangan rakyat di rantau itu, dan bukannya peperangan, konfrontasi atau pembulian.
Bagaimanapun, jalan menuju keamanan tidak pernah mudah ditempuh dan perpaduan sangat diperlukan demi mewujudkan keamanan dan mengakhiri peperangan.
“China berperanan sebagai pembina keamanan, pemacu kestabilan, dan penyumbang pembangunan di Asia Barat sejak sekian lama.
“Kami konsisten dalam pelaksanaan siri inisiatif Presiden Xi Jinping yang menyasar keamanan dan kestabilan, berusaha terus menyumbang dan memainkan peranan konstruktif dalam mendorong gencatan senjata secara menyeluruh, memajukan penyelesaian politik, dan membantu rundingan berkenaan disambung secepat mungkin demi keamanan yang berkekalan, ,” kata Wang.
Sementara itu, Khaldoon berkongsi situasi semasa di kawasan Teluk dan Asia Barat serta kerja yang dilakukan oleh pihak UAE, dan menyatakan kesediaan untuk memperkukuh komunikasi dan koordinasi dengan China bagi bersama-sama mempromosikan keamanan dan kestabilan serantau.










Tinggalkan Balasan