Piawaian Penyiaran 5G yang diterajui CMG Dilancarkan ITU

Laporan Report ITU-R BT.2550 yang bertajuk “Usage scenarios and key technologies for 5G-based audiovisual content production and contribution”, yang dihasilkan oleh Kumpulan Media China (CMG) sebagai peneraju dan disusun bersama European Broadcasting Union (EBU), telah diterbitkan secara rasmi di laman web International Telecommunication Union (ITU) (https://www.itu.int/pub/R-REP-BT.2550-2025) pada Jumaat.

Pelaksanaan piawaian teknologi definisi ultra tinggi (UHD) ke-6 yang diterbitkan oleh CMG di bawah ITU ini, menandakan satu lagi kejayaan besar CMG dalam bidang penggubalan dan pelaksanaan piawaian teknologi penyiaran radio dan televisyen antarabangsa. CMG bukan sahaja teruja dengan teknologinya yang berperanan sebagai tunjang dalam sistem piawaian global bagi penghasilan dan penyiaran program UHD, tetapi juga kedudukannya di barisan hadapan dunia berhubung bilangan piawaian teknikal  ITU yang diterbitkannya dalam bidang terbabit.