Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Zhao Leji mengadakan pertemuan dengan perwakilan asing yang menghadiri Forum Pertukaran Muhibah Ahli Perundangan 2026 di Beijing pada Rabu.
Dalam pertemuan itu, Zhao berkata NPC bersedia bekerjasama dengan parlimen negara lain untuk melaksanakan empat inisiatif global utama, mengamalkan multilateralisme jitu dan memperkukuh pertukaran melibatkan pelbagai peringkat dan bidang.
Usaha berkenaan bertujuan menyediakan jaminan undang-undang bagi kerjasama praktikal serta memperkukuh persefahaman dan persahabatan di kalangan rakyat, ujar beliau.
Sementara itu, para perwakilan asing yang ditemui bersetuju bahawa badan perundangan pelbagai negara perlu memperkasa dialog dan kerjasama bagi membina konsensus secara meluas, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi yang mampan serta keamanan, kestabilan dan kemakmuran global.
Forum Pertukaran Muhibah Ahli Perundangan 2026 telah berlangsung di Tianjin, utara China pada 11 hingga 13 Oktober.










Tinggalkan Balasan