KUALA LUMPUR, 15 Okt — Kerajaan telah melakukan segala usaha sebaik mungkin untuk berunding dengan Indonesia dalam menangani isu jerebu rentas sempadan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita dah buat sedaya mungkin,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menepis dakwaan kononnya kerajaan tidak aktif dalam menangani isu jerebu rentas sempadan yang semakin membimbangkan ketika ini.
Semalam, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyifatkan Malaysia bersikap “terlalu lembut” dalam berurusan dengan Indonesia berhubung isu jerebu, selain menuntut kerajaan mengambil pendirian lebih tegas.
Dalam episod terbaru audio siar Keluar Sekejap, Khairy bagaimanapun mengakui Malaysia perlu berdiplomasi untuk memastikan perkara itu dapat diselesaikan.













Tinggalkan Balasan