Perdana Menteri China, Li Qiang bersama-sama dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Mikhail Mishustin mempengerusikan Mesyuarat Berkala Ke-31 Perdana Menteri China-Rusia di Saint Petersburg pada Rabu.
Li menyatakan bahawa China bersedia meningkatkan kerjasama dengan Rusia bagi menjunjung semangat saling menghormati dan saling menguntungkan.
Ini termasuk menekankan keperluan memperdalam dan memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang, menterjemah konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara kepada tindakan yang lebih nyata dan hasil yang ketara.
Kerjasama itu turut merangkumi langkah untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pembangunan dan kebangkitan China dan Rusia, serta memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara.
Sementara itu, Mishustin pula menyatakan bahawa tahun ini menandakan ulang tahun ke-25 “Perjanjian Kejiranan Baik dan Kerjasama Persahabatan antara China-Rusia”.
Justeru, beliau menyatakan kesediaan Rusia untuk terus memperkukuh kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang berlandaskan prinsip saling menguntungkan, saling menghormati, hubungan kejiranan yang baik, selain mempertahankan kepentingan bersama kedua-dua negara.
Selepas mesyuarat berkenaan, Li dan Mishustin menandatangani “Kenyataan Bersama Mesyuarat Berkala Ke-31 Perdana Menteri China-Rusia”.
Selain itu, kedua-dua pihak turut mencapai persetujuan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan, penerokaan angkasa lepas, sains dan teknologi, serta pendidikan.










Tinggalkan Balasan