Anwar Seru Ke Arah Anjakan Dasar Utama Untuk Kukuh Ketahanan, Industri Dan Ekonomi Negara

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026 di Menara MITI di Kuala Lumpur. 23 Oktober 2026. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: These handout photographs are provided solely for editorial reporting purposes and may be used only for the contemporaneous illustration of the events, subjects, individuals depicted, or facts referenced in the accompanying caption. Any furt

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekan keperluan untuk anggota kabinet mempertimbangkan anjakan dalam dasar utama bagi mengukuhkan daya tahan, industri dan ekonomi negara.

Beliau yang telah membangkitkan keperluan itu kepada anggota kabinet awal hari ini, menegaskan bahawa Malaysia mempunyai sumber, modal insan, disiplin dan daya tahan.

Anwar yakin Malaysia boleh maju sebagai sebuah negara yang unggul melalui usaha berterusan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta kerjasama dengan industri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026 di Menara MITI hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Timbalan Menteri MITI, Sim Tze Tzin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan telah memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan dan dengan yakin sedang merangka dasar-dasar ekonomi serta negara.

Dengan memetik Pelan Induk Perindustrian, peralihan tenaga dan transformasi digital, beliau menekankan bahawa kejelasan dasar sewajarnya disertakan dengan pelaksanaan yang berkesan.

“Di kebanyakan negara, mereka boleh memperkenalkan dan menghasilkan beberapa pelan yang mengagumkan tetapi tidak ada ada jaminan bahawa anda mampu atau dapat melaksanakannya dengan berkesan.

“Jadi bukan sahaja birokrasi, peranan pemain industri khususnya adalah kritikal,” katanya.