25 Oktober merupakan ulang tahun ke-55 keanggotaan Republik Rakyat China (PRC) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar semalam telah menjawab soalan daripada wartawan Kumpulan Media China (CMG) tentang bagaimanakah China menilai perjalanan selama 55 tahun ini, dan bagaimanakah China akan memajukan kerjasama dengan PBB pada masa hadapan?
Menurut Mao, pada 25 Oktober 1971, sesi ke-26 Perhimpunan Agung PBB meluluskan Resolusi 2758 dengan majoriti besar, memutuskan untuk mengesahkan keanggotaan Republik Rakyat China di PBB.
Selama 55 tahun, China tidak pernah berganjak dari memainkan peranan sebagai pembina keamanan dunia, penyumbang pembangunan global, dan pemelihara ketenteraman antarabangsa.
Berdiri di titik permulaan sejarah yang baharu, China akan terus memainkan peranan yang serasi dengan negara gergasi yang bertanggungjawab, terus memperdalam kerjasama menyeluruh dengan PBB, bersama-sama menangani cabaran global, dan berganding bahu membina komuniti berkongsi nasib umat manusia.










Tinggalkan Balasan