Forum Tadbir Urus Global 2026 Buka Tirai di Xiong’an

Forum Tadbir Urus Global 2026 (Xiong’an) telah membuka tirainya secara rasmi di Daerah Baharu Xiong’an, provinsi Hebei pada Jumaat malam.

Dalam majlis perasmian forum itu, Menteri Luar China Wang Yi mengumumkan lapan langkah diambil China untuk melaksanakan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) dan memajukan pembinaan sistem tadbir urus global ke arah lebih adil dan saksama.

Langkah berkenaan merangkumi terus terlibat secara mendalam dalam memajukan reformasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), memanfaatkan peranan Kumpulan Rakan GGI, menubuhkan Pusat Kajian Tadbir Urus Global, serta menyiarkan laporan “Pendirian China dalam Pemerkasaan Tadbir Urus di Ruang Angkasa” dan “Laporan Kemajuan Pelan Tindakan Pembangunan Kemampuan Kecerdasan Buatan Secara Inklusif”.

Bertemakan “Bina Semula Keyakinan dan Kerjasama – Perubahan Drastik dalam Landskap Dunia dan Penyempurnaan Tadbir Urus Global”, forum itu menarik kehadiran hampir 400 tokoh-tokoh dalam kalangan politik, strategik, akademik, perniagaan dan belia dari lebih 90 negara di seluruh dunia.