Xi Beri Arahan Berkaitan Perlindungan dan Tadbir Urus Sungai Kuning

Presiden Xi Jinping memberi arahan kerja berkaitan perlindungan dan tadbir urus Sungai Kuning baru-baru ini.

Beliau menekankan keperluan memperkasa perlindungan ekologi dan pembangunan berkualiti tinggi di kawasan aliran Sungai Kuning, di samping menyemarakkan budaya berkaitan Sungai Kuning bagi memastikan sungai ibunda itu terus bertambah indah dan membawa manfaat kepada bangsa China dan generasi akan datang.

Arahan beliau telah disampaikan dalam persidangan mengenai perlindungan dan tadbir urus Sungai Kuning yang berlangsung di Zhengzhou, provinsi Henan pada Isnin.