Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Jawatankluasa Pusat PKC, Wang Yi telah menerima kunjungan Timbalan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Bagheri, di Beijing semalam.
Wang berkata, dialog serta rundingan barulah pendekatan yang kondusif bagi penyelesaian konflik ketenteraan di rantau Asia Barat yang kekal wujud malah merebak pada masa ini. Pelbagai pihak dikehendaki bertindak dengan sikap bertanggungjawab terhadap rakyat jelata dan sejarah, bergerak ke arah yang sama, serta memberi tumpuan kepada penyelesaian politik dengan panduan yang rasional dan pragmatik, dan bukannya sekali lagi memilih mencetuskan pertempuran di medan perang.
Menurut Wang, China menunjukkan komitmen yang selaras dengan siri inisiatif dan cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping bagi meredakan ketegangan di Asia Barat, dan bersama-sama dengan pihak-pihak berkaitan terus berusaha untuk memulihkan keamanan di rantau tersebut.
Bagheri pula berkongsi pandangan dan pendirian Iran terhadap keadaan di rantau tersebut dan menyatakan bahawa Iran teguh mempertahankan keselamatan, kedaulatan dan keutuhan wilayahnya sendiri, serta menentang amalan hegemoni dan ancaman luaran.
Pada masa yang sama, Iran juga bersedia untuk mengadakan hubungan dan rundingan dengan pelbagai pihak, serta aktif berusaha untuk merealisasikan keamanan dan kestabilan di rantau tersebut.
Iran mengharapkan China memainkan peranan yang lebih penting bagi keamanan di peringkat rantau dan antarabangsa.










Tinggalkan Balasan