KUALA LUMPUR, 3 Nov — Kejayaan penganjuran PETRONAS Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2026 bukan sekadar mengukuhkan reputasi negara sebagai tuan rumah acara sukan permotoran bertaraf dunia, malah menjadi pemangkin aktiviti ekonomi tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“PETRONAS Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2026 sekali lagi membuktikan keupayaan negara menganjurkan acara sukan bertaraf dunia yang bukan sahaja menarik perhatian peminat sukan permotoran, malah membawa limpahan manfaat kepada rakyat dan ekonomi tempatan,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau berkata semangat serta sokongan semua pihak menjadi antara faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan penganjuran edisi tahun ini.
“Tahniah kepada seluruh pihak yang menjayakannya. Semoga momentum ini terus mengangkat nama Malaysia di persada sukan permotoran dunia,” kata beliau.
MotoGP Malaysia 2026 yang berlangsung dari 30 Okt hingga 1 Nov di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) merekodkan kira-kira 196,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.













Tinggalkan Balasan