KUALA LUMPUR, 19 Mei — Sebanyak enam bank menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Kementerian Ekonomi hari ini, menyediakan kemudahan kewangan untuk menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.
Enam bank itu ialah Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Bank Bhd, Bank of America, HSBC Holdings, Sumitomo Mitsui Banking Corporation dan CGS International Securities.
Menurut Rafizi, LOI ialah langkah awal yang penting dalam merealisasikan visi ekonomi JS-SEZ.
“Ia (LOI) berteraskan empat tonggak utama dan yang pertama ialah sokongan pembiayaan dalam bidang strategik.
“Tonggak kedua dan ketiga memberi tumpuan kepada promosi dan libat urus dengan pihak berkepentingan manakala tonggak keempat melibatkan penyelidikan dan risikan pasaran,” katanya.
Tinggalkan Balasan