Sidang ke-19 Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC Dirasmikan 

Sidang ke-19 Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) membuka tirai di Beijing pada Selasa.

Fokus sidang terarah kepada usaha mengkaji dan melaksanakan prinsip panduan yang digariskan pada sidang pleno kelima Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC).

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Wang Huning dalam ucapannya berkata CPPCC perlu meletakkan agenda penelitian mendalam serta pelaksanaan menyeluruh inti pati sidang pleno berkenaan sebagai misi politik penting bagi tempoh semasa dan akan datang.

Beliau turut menekankan kepentingan memahami secara mendalam pemikiran Xi Jinping mengenai pembinaan Parti, selain memperkukuh aturan strategik Jawatankuasa Pusat PKC berkaitan konsistensi dalam memperkasa tadbir urus Parti secara menyeluruh dan ketat.

Langkah itu penting bagi menyumbang kebijaksanaan dan kekuatan ke arah membina negara sosialis moden yang kuat secara komprehensif serta memacu kebangkitan bangsa menerusi modenisasi ala China.