Presiden China Xi Jinping baru-baru ini mengeluarkan arahan penting berkaitan kerja penyusunan Rancangan Lima Tahun ke-15 (2026-2030).
Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menekankan bahawa penyusunan dan pelaksanaan rancangan lima tahun secara saintifik merupakan pengalaman penting Parti dalam mentadbir negara dan juga kelebihan politik sosialisme bercirikan China.
Beliau menekankan pentingnya untuk membuat keputusan secara saintifik, demokratik dan mengikut undang-undang, mendengar cadangan dari pelbagai lapisan masyarakat, supaya penyusunan berkualiti tinggi dibuat bagi rancangan lima tahun tersebut.
Untuk rekod, China akan melaksanakan rancangan pembangunan ekonomi nasional dan masyarakat lima tahun ke-15 bermula 2026. Jawatankuasa Pusat Parti sedang menyusun cadangan bagi rancangan berkenaan.
Tinggalkan Balasan