Han Zheng Hadiri Sidang Kemuncak Antalya sempena COP31 UNFCCC 

Menangani perubahan iklim merupakan tanggungjawab bersama manusia sejagat, ujar Naib Presiden China, Han Zheng sebagai wakil khas Presiden Xi Jinping ketika menghadiri Sidang Kemuncak Antalya sempena Persidangan Pemeterai Ke-31 (COP31) Konvensyen Kerangka Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Turkiye pada Rabu.  

Mendepani kesan perubahan iklim global yang semakin ketara, beliau mengemukakan empat cadangan yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat antarabangsa.

Cadangan berkenaan meliputi usaha untuk menyasarkan matlamat bersama dan memperkukuh tindakan kolektif serta mempercepat peralihan hijau dan menggalakkan pembangunan rendah karbon.

Ini juga termasuk mencegah bencana iklim dan meningkatkan daya tahan terhadap perubahan iklim, di samping mengekalkan keterbukaan dan keterangkuman, serta memperdalam kerjasama antarabangsa demi manfaat bersama.