Pencapaian China dalam bidang peralihan tenaga dan pembangunan hijau mendapat pengiktirafan tinggi daripada beberapa pegawai organisasi antarabangsa pada Sesi ke-31 Persidangan Pihak-Pihak (COP31) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Antalya, Turkiye.
Penghargaan berkenaan diraih semasa acara sampingan bertema yang berlangsung di Pavilion China pada persidangan tersebut.
Setiausaha Eksekutif UNFCCC, Simon Stiell berkata kerjasama Selatan-Selatan yang dilaksanakan China telah memberi sokongan penting kepada banyak negara membangun dalam mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih, serta meningkatkan daya tahan terhadap perubahan iklim.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Fatih Birol pula berkata pencapaian China dalam sektor kenderaan elektrik, tenaga boleh baharu dan penyimpanan tenaga bateri amat memberangsangkan.
Ujarnya, pembangunan tenaga bersih khususnya dalam bidang hidroelektrik, tenaga suria dan tenaga angin, turut memberikan sumbangan yang jelas kepada peralihan tenaga global.









Tinggalkan Balasan