Pameran karya kreatif yang dihasilkan kecerdasan buatan (AI) oleh mahasiswa global membuka tirainya di Guangzhou pada Rabu.
Pameran yang dianjurkan bersama oleh Rangkaian Televisyen Global China (CGTN), Universiti Jinan dan Institut Inovasi dan Strategi Pembangunan China (CIIDS) itu menyediakan wadah kepada golongan belia di rantau Asia-Pasifik untuk pertukaran seni dan dialog pemikiran, menjelang sidang kemuncak APEC ke-33.
Acara itu telah menerima 252 karya kreatif dihasilkan AI oleh mahasiwa dari 17 institusi penganjian tinggi (IPT) dari 11 entiti ekonomi APEC, antaranya Brunei, Chile, China, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Peru, Rusia, Thailand, Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam.
Karya untuk dipertandingkan dalam acara itu menunjukkan idea penuh kreatif dan melibatkan pelbagai tema dengan memfokuskan kepada pembangunan mesra alam, teknologi ditigal, ekonomi altitud rendah, tamadun ekologi dan sebagainya.
Dengan memanfaatkan teknologi AI, para mahasiswa menggariskan gambaran landskap masa hadapan melibatkan pelabuhan pintar, penghijauan bandar, perkapalan rendah karbon dan sebagainya, sekali gus menzahirkan aspirasi untuk bekerjasama, menjunjung keterangkuman dan maju bersama.









Tinggalkan Balasan