Menteri Luar China, Negara-negara Kepulauan Pasifik Bincang Perkongsian Strategik

Wang menyatakan bahawa dengan berpandukan strategi yang diketengahkan oleh Presiden China, Xi Jinping dan pemimpin-pemimpin Negara-negara Kepulauan Pasifik, perkongsian strategik komprehensif kedua-dua pihak telah mendapat nafas baharu, melakar pencapaian baharu dan melonjak ke tahap baharu.

Wang turut mengemukakan enam cadangan untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Negara-negara Kepulauan Pasifik.

“Kekal bersikap saling menghormati. China tegas menyokong Negara-negara Kepulauan Pasifik dalam melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara masing-masing, dan sama juga berharap agar Negara-negara Kepulauan Pasifik terus berpegang kepada prinsip satu-China.

“Menjadikan isu pembangunan sebagai satu keutamaan. Kita akan bersama-sama melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global dan memperincikan pembinaan bersama yang berkualiti di bawah ‘Inisiatif Jalur dan Laluan’ selain mempercepatkan rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas dua hala,” kata Wang.

“Mempertahankan pendekatan berpaksikan rakyat. Terdapat sebanyak 200 projek ‘small and beautiful’ yang berpaksikan rakyat akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

“Terus merancakkan pertukaran di kalangan rakyat dan meraikan pendapat dari pelbagai peringkat, terutama dalam bidang-bidang termasuk media, belia, wanita dan sukan,” ujar Wang.

“Menegakkan kesaksamaan dan keadilan. Pelbagai pihak perlu dengan tegas melindungi sistem antarabangsa yang berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan orde antarabangsa berdasarkan undang-undang antarabangsa.

“Perlunya ‘berat sama dipikul ringan sama dijinjing’. China bersedia mengukuhkan koordinasi dan kerjasama denganNegara-negara Kepulauan Pasifik dalam tadbir urus iklim di peringkat global,” tambah beliau.    

Para menteri luar dari Negara-negara Kepulauan Pasifik pula berharap untuk menimpa pengalaman China dalam pembangunan mampan dan memperkasakan kerjasama dalam bidang-bidang termasuk infrastruktur dan perubahan iklim.

Selain “Kenyataan Bersama Menteri Luar China-Negara-negara Kepulauan Pasifik” yang diluluskan pelbagi pihak secara sebulat suara, China juga mengeluarkan satu senarai langkah untuk melaksanakan konsensus yang tercapai dalam mesyuarat itu.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda