Menjelang lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Kazakhstan dan kehadiran beliau pada sidang kemuncak China-Asia Tengah, aktiviti “Tayangan Filem dan Program TV Terpilih Kumpulan Media China (CMG)” dilancarkan di Astana, ibu negara Kazakhstan, pada Jumaat.
Sebanyak 12 program terpilih termasuk “Xi Jinping Cakna akan Khazanah Budaya China” akan disiarkan di media tempatan Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan.
Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan videonya menyatakan bahawa tayangan program kali ini akan membantu penonton dari beberapa negara Asia Tengah lebih merasai karisma Presiden Xi, merasai keramahan rakyat China, dan mengetahui kemakmuran China pada era baharu, agar dapat meneroka peluang kerjasama yang menang-menang dan bersama-sama melangkah ke modenisasi.
Tinggalkan Balasan