CMG Lancar Aktiviti Pertukaran Sosiobudaya China-Itali

Acara pertukaran sosiobudaya ‘Dari Beijing ke Rom’ serta pameran seni sempena 55 tahun hubungan diplomatik China-Itali anjuran Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan di Beijing pada Khamis.

Seramai 65 artis dan 50 wakil pewaris warisan budaya tidak ketara dijemput untuk menghadiri acara tersebut.

Bahkan kira-kira 200 karya seni terbaik turut dipertontonkan kepada penduduk Itali.

Difahamkan, pameran seni khas dijadual diadakan di Akademi Lincean iaitu akademi sains nasional Itali pada akhir Jun ini.