Singapura Sokong Dasar Satu China dan Menentang “Kemerdekaan Taiwan”

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis (PKC) merangkap Menteri Luar, Wang Yi telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di Beijing pada Selasa.

Dalam pertemuan tersebut, Wang menyatakan penghargaan terhadap pendirian Singapura yang menegaskan komitmennya terhadap dasar Satu China serta menentang “Kemerdekaan Taiwan”.

Beliau berkata, China bersedia mengambil peluang sempena ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara China dengan Singapura untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, memperkukuh hubungan kerjasama strategik yang menyeluruh dan berkualiti tinggi selain menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.

“China bersedia bekerjasama dengan negara-negara Asia Tenggara, termasuk Singapura, untuk membina rumah bersama China dan ASEAN serta membentuk komuniti berkongsi masa depan sesama insan,” kata Wang. 

Sementara itu Dr Vivian menyatakan, pihaknya akan terus berpegang kepada dasar Satu China dan menolak “Kemerdekaan Taiwan”, serta tidak akan membenarkan negaranya dijadikan sebagai platform oleh mana-mana pihak yang menyokong “kemerdekaan Taiwan.”

“Singapura bersedia bekerjasama dengan China untuk memanfaatkan peluang yang dibawa perkembangan teknologi baharu, memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, perdagangan, pelaburan dan kesalinghubungan,” katanya.  

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda