TANAH MERAH, 11 Julai — Isu penyalahgunaan dadah di Kelantan masih membelenggu negeri itu apabila berterusan mencatatkan jumlah statistik tertinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata statistik yang dikeluarkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), jelas menunjukkan masalah itu masih belum ditangani sebaiknya di negeri tersebut.
“Saya merasa agak terpukul kerana penyalahgunaan dadah di seluruh negara masih “dijuarai” Kelantan dan statistik ini turut disahkan oleh pelbagai pihak.
“Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Antidadah Kebangsaan berpendapat, tidak wajar mana-mana pihak melepaskan tanggungjawab dan menganggap ia hanya tugas pihak lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah, di sini, hari ini.
Tinggalkan Balasan