Kemboja Eksport Durian Kumpulan Pertama ke China

Pengesksportan durian segar secara langsung untuk kumpulan pertama dari Kemboja ke China menerusi pelabuhan Sihanouk kelmarin, menandakan kerjasama pertanian dua hala mencapai kemajuan baharu.

Menurut Kementerian Pertanian Kemboja, durian segar yang keseluruhannya seberat 17 tan itu telah lulus dalam pemeriksaan kuarantin dan pengesahan kualiti sebelum dieksport.

Menurut Kedutaan Besar China ke Kemboja, durian segar merupakan yang pertama dalam kategori produk pertanian berkualiti Kemboja yang sudah mendapat izin pengeksportan ke China pada 2025.

Selain itu, masih terdapat empat lagi jenis buah-buahan Kemboja yang sudah mendapat izin untuk dieksport ke China, iaitu pisang, mangga, longan dan kelapa.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda