Tingkatkan Kewaspadaan, Utamakan Kerja Menyelamat Bencana – Xi

Setakat pukul 3.30 Jumaat, bencana banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat di kaunti Yuzhong bandar Lanzhou di provinsi Gansu telah meragut 10 nyawa dan mengakibatkan 33 orang hilang.

Susulan berlakunya bencana terbabit, Presiden China Xi Jinping memberikan arahan agar berusaha sedaya upaya mencari dan menyelamat mangsa yang hilang, memindahkan mereka yang terjejas teruk, meminimumkan kemautan dan kecederaan, dan secepat mungkin memulihkan telekomunikasi dan lalu lintas.

Memandangkan kekerapan berlakunya cuaca ekstrem yang meningkat kebelakangan ini, jabatan berkenaan didesak memperhebat ramalan dan pemeriksaan risiko, memperkasakan kawalan kecemasan, meningkatkan ketepatan dalam kerja pencegahan dan menyelamat bencana banjir, dan memastikan keselamatan rakyat terjamin semasa musim banjir.