Kumpulan Pertama Flotila Sumud Global Belayar Ke Gaza

TUNISIA / ISTANBUL, 13 Sept — Konvoi awal kapal Flotila Sumud Global berlepas dari Pelabuhan Bizerte, Tunisia menuju ke Semenanjung Gaza pada Sabtu, menurut koresponden Anadolu Ajansi.

Flotila menuju Gaza itu melibatkan sekurang-kurangnya 40 kapal yang membawa antara 500 hingga 700 aktivis dari lebih 40 negara.

Inisiatif berkenaan bertujuan mencabar sekatan Israel dan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza.