Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan Kekalkan Pendakwaan Presiden Yoon

SEOUL, 4 April — Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan pada Jumaat mengekalkan pendakwaan Yoon Suk Yeol, menggugurkan beliau daripada jawatan presiden atas tindakannya melaksanakan undang-undang tentera dalam tempoh singkat pada Disember lepas.

Keputusan itu yang dibacakan oleh pemangku ketua hakim Moon Hyung-bae dan disiarkan secara langsung di televisyen, berkuat kuasa serta-merta sekali gus mewajibkan negara itu mengadakan pilihan raya presiden awal untuk memilih pengganti Yoon dalam tempoh 60 hari, yang dijangka berlangsung pada 3 Jun, lapor agensi berita Yonhap.

Yoon menghadapi pendakwaan di Parlimen yang dikuasai pembangkang pada pertengahan Disember atas tuduhan melanggar Perlembagaan dan undang-undang dengan mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Dis, mengerahkan tentera ke Parlimen bagi menghalang penggubal undang-undang daripada membatalkan dekri itu serta mengarahkan penahanan ahli politik.

Yoon bagaimanapun menafikan semua pertuduhan.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda