Pejabat Kumpulan Media China (CMG) di provinsi Shaanxi beroperasi di Xi’an dan pelbagai projek kerjasama budaya CMG telah dilancarkan serentak pada Khamis.
Presiden CMG, Shen Haixiong semasa menyampaikan ucapan pada acara berkenaan berkata sebagai tempat kelahiran penting tamadun China, Shaanxi merupakan enjin utama dalam pembangunan di barat China.
Ujarnya, CMG dan provinsi Shaanxi selama ini telah menjalinkan kerjasama erat dan berusaha menghasilkan program yang berkualiti tinggi.
Menurut Shen, siri aktiviti tersebut merupakan tindakan nyata untuk menyokong pembangunan berkualiti tinggi di Shaanxi, dan juga satu komponen dalam gerak kerja pentadbiran pusat di peringkat kebangsaan.
Shen menambah, CMG akan berganding bahu dengan pelbagai pihak di Shaanxi serta menjalankan usaha penerokaan dan inovasi untuk menyokong pembangunan di provinsi berkenaan.













Tinggalkan Balasan